Terma & Syarat Menginap

  1. PRRKT hanya membenarkan penyewa/tetamu sah yang berdaftar sahaja untuk menginap disini. Untuk tujuan ini penyewa perlu menunjukkan Kad Pengenalan / Passport kepada pengurus kami semasa penyewa mendaftar masuk (check-in).
  2. Sila patuhi waktu masuk (check-in) adalah selepas pukul 2.00 petang dan waktu keluar (check-out) selewat-lewatnya 12.00 tengahari. Check-out yang lewat dari pukul 12.00 tengahari tidak dibenarkan jika ada penyewa lain yang akan menginap. 
  3. Jika tidak ada penyewa lain yang menginap, tetamu yang sedang menyewa dibenarkan keluar lewat dari masa yang ditetapkan namun kadar bayaran akan dikenakan. Jika lewat selepas pukul 5.00 petang, bayaran PENUH untuk bermalam berikutnya akan dikenakan. Jika  terdapat perubahan waktu check-in / check-out, sila maklumkan kepada kami sehari awal sebelum kedatangan anda.
  4. Untuk mengelak kesulitan, sila semak tarikh anda menyewa PRRKT adalah BETUL.
  5. Bayaran deposit 50% ke akaun kami ketika membuat tempahan dan baki 50% tunai dibayar ketika check-in.
  6. Sekiranya tempahan dibatalkan selepas 7 hari sebelum menginap, kami akan tidak akan memulangkan bayaran deposit 50% berkenaan. Ini kerana bila anda membatalkan penginapan anda, pihak kami akan menanggung kerugian kerana telah menolak permohonan  penyewa lain yang ingin menginap pada tarikh tersebut. Sebelum anda membuat tempahan pastikan anda benar-benar ingin menginap pada tarikh yang anda tempah.
  7. Deposit tambahan RM100 tunai dikenakan ketika check-in. Kunci rumah hendaklah diserahkan kepada pihak pengurusan bila anda check-out.
  8. Bayaran deposit / wang cagaran RM100 akan dipulangkan semula kepada penyewa sebaik sahaja penyewa menyerahkan kunci setelah pihak pengurusan memastikan tiada kerosakan, kecurian atau kehilangan peralatan di dalam rumah.
  9. Penyewa bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan dalam PRRKT semasa anda menginap disini. Jika anda keluar meninggalkan rumah atau tidur di waktu siang/malam pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu, tingkap dan pintu pagar.
  10. Semua suis elektrik hendaklah dipadam selepas digunakan. Penghuni digalakkan menutup semua suis termasuk suis kipas / lampu / aircond apabila meninggalkan rumah.
  11. Tetamu yang menginap di PRRKT tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam premis penginapan ini. Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
  12. Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan PRRKT.
  13. Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
  14. Jangan buang sampah, tuala wanita, tisu, pampers bayi, puting & abu rokok ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya dari tersumbat.
  15. Bagi tujuan keselamatan merokok adalah di larang di dalam rumah.
  16. Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan.
  17. Tidak dibenarkan membawa masuk minuman keras dan buah durian.
  18. Tidak dibenarkan membuat bising hingga menganggu ketenteraman jiran-jiran berdekatan. Sila jaga tatasusila di dalam dan di luar rumah agar tidak mengganggu penghuni lain.
  19. Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.
  20. SEGALA KEHILANGAN BARANG PERIBADI, KEMALANGAN DAN KESELAMATAN PENYEWA ADALAH DI BAWAH PENGAWASAN DAN TANGGUNGJAWAB PENYEWA. PIHAK PRRKT TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS KELALAIAN PIHAK PENYEWA SENDIRI.



“Terima kasih kerana sudi menginap di Pakatan Riverside Resthouse Kuala Terengganu”

No comments:

Post a Comment